19 Mei 2009

Jangan Lakukannya

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim

Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Jangan sengaja lewatkan solat.

Perbuatan ini Allah tidak suka.

Kalau tertidur lain cerita.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).

Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.

Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.

Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal

(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.

Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.

Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa

kerana mati boleh datang

bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan taulan.

Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.

Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah...

Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.

Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong,

kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.

Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.

Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

0 ulasan:

Berkenan Blog MayaLink

Blog ini menyediakan pelbagai pautan untuk kemudahan dalam pelbagai cabang termasuk Agama, Politik, Teknologi Maklumat, Download.

Kami membawakan kepada anda pautan percuma. Sekiranya terdapat mana-mana pautan yang mempunyai ralat sila beritahu kami untuk dikemaskini.

Anda juga dipelawa memberi pautan laman anda atau laman yang anda minat dan selalu lawati, atau laman-laman yang anda rasa patut untuk dipaparkan di sini.

Sebarang reaksi anda, sila tinggalkan pesanan, komen, cadangan di ruang sembang yang disediakan.

Penafian :
Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian pihak lain atas link yang terdapat dalam blog ini. Sebarang penggunaan sebarang link adalah tanggungjawab sendiri.

MADU SIDR YAMAN

MADU SIDR YAMAN
Berkhasiat, Bermutu ( Klik Gambar di atas)

TONER MATA AINUN THERAPHY

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP